Jil. 1 Bab 19 Bukti October 20, 2026
Jil. 1 Bab 19 Bukti October 20, 2026
Johan menghempaskan tubuhnya ke atas sofa kulit di ruang tamu utama. Banglo mewah tiga tingkat itu terasa terlalu sunyi. Hembusan pendingin udara yang berlegar di ruang yang luas itu terasa mencengkam tulang.
Rutin hidupnya memang sentiasa begini. Sepi. Ibu bapanya lebih kerap menghabiskan masa di dalam kabin kelas pertama penerbangan, memburu kontrak perniagaan dari satu negara ke negara lain berbanding duduk serumah atau makan semeja dengannya.
Johan dibesarkan dengan lambakan kemewahan, tetapi hakikatnya, dia dibiarkan membesar bersendirian.
Kekosongan itulah yang mendorong Johan untuk mendominasi segalanya di sekolah. Dia mahu dilihat. Dia menagih setiap sisa perhatian yang ada.
Di atas padang, dia melangkah sebagai seorang raja. Di dalam kelas, dia adalah ketua penguasa.
Tiada pelajar yang berani membantah arahannya. Malah, para guru juga sekadar menutup mata dengan segala tindak-tanduknya disebabkan pengaruh keluarganya. Johan perlahan-lahan mengukir senyuman saat mindanya mengesahkan hakikat tersebut. Egonya dibelai selesa.
“Apa lagi yang keluarga aku nak?” gumam Johan memecah kesunyian ruang tamu itu. “Aku dah cukup berkaliber. Antara semua sepupu aku, aku yang paling layak untuk mewarisi semuanya.”
Senyumannya semakin melebar. Dia yakin dengan dominasi yang dipegangnya.
Namun, senyuman itu mati serta-merta. Rahangnya kembali diketap kuat sehingga terasa ngilu. Realiti pahit petang tadi tiba-tiba merempuh masuk ke dalam fikiran. Segala hierarki dan darjat yang dibinanya selama ini mula bergegar hebat, hampir musnah sejak susuk tubuh gadis kacukan itu masuk ke dalam dunianya.
Aina Kazuha.
Nama itu jugalah punca dia ponteng latihan petang ini. Fikirannya betul-betul berserabut. Johan memicit pelipis kepala, memejamkan matanya rapat-rapat.
Namun, sebaik sahaja matanya terpejam, bayangan seraut wajah kacukan manis itu terus menjengah tanpa diundang. Renungan gadis itu… cara Aina tersenyum sinis mencabar egonya… semuanya berputar ligat di dalam kepala. Puas dia cuba menepis, bayangan itu tetap degil melekat di layar minda.
Johan merengus kasar. Matanya dicelikkan, membuang pandang ke arah skrin televisyen...
🪙
Unlock this chapter
Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.
10 Coins
Log in untuk baca bab ini.