Jil. 1 Bab 20 Cemas October 21, 2026
Jil. 1 Bab 20 Cemas October 21, 2026
Johan berdiri di hadapan rak makanan ringan di dalam sebuah kedai serbaneka berhampiran kawasan Akademi Puncak Utara. Sengaja dia keluar malam ini. Dia sekadar ingin menghirup udara segar dan lari sebentar dari banglonya yang terlalu sunyi.
Deretan restoran mewah dan kafe eksklusif di sekitar kawasan itu langsung tidak menarik seleranya hari ini. Tekaknya tiba-tiba mendambakan sesuatu yang panas dan dimasak di rumah. Sesuatu yang mempunyai sentuhan sebuah ‘keluarga’.
Malangnya, dia sendiri langsung tidak tahu memasak. Dapur basah di rumah besarnya itu tidak ubah seperti ruang pameran perabot yang tidak pernah berasap.
Sebab itulah sekarang, tangan kanannya sekadar menggenggam sebungkus mi segera pedas—satu-satunya hidangan yang mampu disediakannya sendiri sekembalinya ke rumah nanti. Manakala tangan kirinya pula memegang sebotol minuman berkarbonat.
Satu menu makan malam yang sangat ringkas dan menyedihkan buat seorang pewaris empayar, sekadar untuk memujuk perut yang sedang kosong.
Ketika dia berpusing untuk menuju ke kaunter pembayaran, langkahnya terhenti mendadak. Matanya tertancap pada susuk tubuh Zakwan.
Remaja kacukan itu sedang berdiri santai di hadapan peti sejuk. Zakwan hanya mengenakan kemeja-T kosong berwarna hitam yang dipadankan dengan seluar sukan rona sedondon serta kasut sukan yang bersih. Penampilannya sangat ringkas, tetapi susuk tubuh atletiknya membuatkan pakaian biasa itu nampak kemas dan terletak elok.
Secara automatik, pandangan Johan jatuh pada pakaiannya sendiri. Dia sekadar menyarung kemeja-T merah, seluar pendek melepasi lutut, dan berselipar. Biarpun setiap helaian kain di tubuhnya terpampang logo jenama mewah yang harganya mencecah ribuan ringgit, entah mengapa… buat pertama kalinya Johan berasa gayanya malam ini sedikit tenggelam berbanding Zakwan.
Rasa tercabar itu pantas ditepis jauh-jauh.
“Kau buat apa kat sini?” tegur Johan selamba.
Zakwan menoleh. Sekalipun soalan Johan kedengaran agak pelik, namun dia tidak kisah. Dia sudah masak benar dengan perangai dan cara percakapan Johan. Sebaliknya, pandangannya terus mendarat pada bungkusan mi segera dan air berkarbonat di...
🪙
Unlock this chapter
Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.
10 Coins
Log in untuk baca bab ini.